Sunday, November 9, 2008

Pahlawan Pahang




LATAR BELAKANG MAT KILAU
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.






Lagu Warisan - Anak Kecil Main Api











CONTOH BORANG KEAHLIAN.










Syarat-syarat untuk mejadi ahli

Ahli Biasa
  • Mana-mana anak Pahang berketurunan melayu dan beragama Islam yang lahir di negeri Pahang yang mana tiga generasi ke atasnya berasal dari negeri Pahang dan telah berumur 18 tahun boleh dan layak memohon untuk menjadi ahli.
Ahli Bersekutu
  • Mana-mana anak Pahang berketurunan melayu dan beragama Islam yang tidak lahir di negeri Pahang tetapi sekurang-kurangnya ibu atau bapa serta tiga generasi ke atas berasal dari negeri Pahang dan telah berumur 18 tahun boleh dan layak memohon untuk menjadi ahli.
Nota
  • Kelulusan untuk menjadi ahli tertakluk kepada keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Ahli Lembaga Penasihat Warisan Anak Pahang Sejati.